Wednesday, May 23, 2012

Mei yang terindah

Alhamdulillah abang panjatkan kepada Allah swt...kerana dalam bulan mei inilah abang rasa gembira sangat2...pertama tentulah sebab yang korang da tau kan...ya,kelahiran bayi lelaki abang,iaitu Muhammad Firas Irfan...atau lebih senang abang panggil sbg imam muda irfan...then yang kedua sebab rezeki yang diterima oleh ayah dan ibu dengan durian runtuh felda...melimpah ruah ke anak2...Semoga dengan kebahagiaan yang abang miliki hari ini takkan buat abang menjadi alpa dalam mengingati Allah swt...

Tuesday, May 15, 2012

13 mei 2012~ Permata Ayah dan ibu...

...Syukur alhamdulillah abang dan ina panjatkan kepada Allah swt,kerana atas kehendakNya...maka bayi kami berdua selamat dilahirkan pada tarikh tersebut pada jam 10.47 malam di Hospital Tunku Fauziah,Kangar,Perlis...hari bayi dilahirkan bersamaan dengan hari ibu bg tahun 2012...so selamat hari ibu juga buat ina ya...Penantiaan kami berdua selama ini akhirnya tertunai sudah dengan kehadiran bayi comel ini...inilah permata ayah dan ibu...

Monday, April 23, 2012

Lovely April

....Alhamdulillah hari ni dah 23hb april 2012 bermakna blog abang akan diupdate seperti biasa...April bulan yang cukup indah buat abang dan ina,kerana pada bulan ini pelbagai cerita tercatat buat abang dan ina...dan bulan april juga bulan kelahiran ina yang abang sayang iaitu pada hari esok 24.4.2012...klah tak nak mengomel jom layan lirik lagu bila april by fazley....nak dengar cuba cari kat youtube ok.. Bila April tiba Hati mula berkata Setahun lamanya Perkenalan kita Ku tanya padamu Kapankah hatimu Akan ku miliki Selama abadi Di April yang itu Kau katakan padaku Sabarlah menanti Takkan lama lagi Kau senyum bermakna Padaku kau pinta Berikanlah oh waktu Kenalilah dirimu Bila bila April Aku menantimu, aku menantimu Dan bila April, bila April Dapatku pastikan, cintaku ini Dan bila, bila April Bibirku pasti akan bertanya Kapankah kau milik ku..

Friday, March 23, 2012

Berkebun Baik Untuk Kesihatan

...Hari ni dah 23hb macam biasalah abang akan ada entry terbaru setiap 23hb....kenapa mesti 23...xde pe just abang mmg suka angka 23...hehe,klah untuk kali abang akan share pasal hobi baru abang dan ina....kami berdua dah ada hobi baru...berkebun...haha,berkebun baik untuk kesihatan...mcm mana rupa kebun kami?ha....ini dia..

Sunday, March 18, 2012

7 Bulan sudah....

Alhamdulillah,akhirnya kandungan ina dah masuk ke angka 7 bulan....semoga ina akan terus tabah mengharungi hari2 mendatang...Abang akan selalu disisi ina dalam mengharungi detik2 yang kian kita nantikan bersama...InsyaAllah sayang

Thursday, February 23, 2012

SEKALI SEUMUR HIDUP..

Hmm...selalu kita akan jumpa orang atau diri kita sendiri menggunakan perkataan ni kan?tak tau kenapa kan?tapi kerapkali perkataan ni akan terpacul daripada mulut kita kan?...kenapa mesti sekali seumur hidup?kenapa tak banyak kali seumur hidup...hmm...misalnya bila nak buat sesuatu yang tak pernah kita buat mesti kita akan kata sekali seumur hidup kan?hmm...klah xnak celoteh lagi...just nak update kandungan my wife dah 6 bulan...^_^

Monday, January 23, 2012

21 MINGGU DAH....


...Teruja sangat bila abang tengok usia kandugan ina yang sudah mencecah ke angka 21 minggu..hmm,tak lama je lagi,cahayamata kita akan lahir untuk menjengah dunia yang indah ini...kesian abang tengok ina,dalam kepayahan mengandung anak kita.abang hanya ,mampu berdoa agar Allah sentiasa beri isteri abang ni kekuatan dalam mengharungi pancaroba kehidupan seorang wanita hamil..Abang sebenarnya xsabar sgt menanti lahirnya baby kita...dalam sepi abang sering tersenyum mengenangkan abang bakal menjadi seorang ayah...argghh...sungguh manis perasaan itu,adakalanya langit dan mentari turut tersenyum melihat tingkah abang,burung2 berkicauan dengan nada2 bahagia...perasaan itu sukar untuk abang tamsilkan dengan apa jua...ABANG SAYANG INA...dan juga bayi kita ^_^