....Aku pulang ke kuantan bagi membeli keperluan barangan untuk bertunang nanti...banyak jugalah brg2 yg bermain di kotak fikiran ini...entahlah,segalanya aku serahkan pada mak,dia lebih arif segalanya...aku sekadar mengangguk sahaja dan membayar di kaunter..aku tahu mak nakkan yang terbaik buat diriku...almaklum sahajalah aku anak sulungnya...semalam aku,bertanya soal berapa hantaran yang perlu ku bawa nanti pada ina..yerlah jika diikutkan aku mahu mebawa 7 dulang...namun bila fikir balik...terlalu banyak pula untuk ina membalasnya jika berbalas 9...kasihan pulak padanya...tapi biasalah lelaki kena beralah,aku setuju dengan cadangan 5 berbalas 7..akhirnya...
namun bila aku diasak oleh mak soal wang hantaran aku terkedu...aku masih belum memberitahu mak berapa wang hantaran sewaktu nikah nanti...RM9000.00 yang dipinta oleh keluarga ina...MAMPUKAH AKU???...simpanan ku masih belum sampai keangka tersebut...jika dalam tempoh setahun aku masih berkira2 untuk ke angka tersebut mungkin agak berat sedikit...Jika diikutkan...Wang hantaran hanyalah pembayaran belanja kahwin yang tidak wajib dibayar di bawah Hukum Syara' oleh suami kepada isteri atau pihak isteri tetapi lebih kepada amalan masyarakat setempat.
namun kerana ina,aku wajib berusaha...cuma aku risaukan mas kahwin nya pula...mudah2an mas kahwinnya masih dalam kemampuanku.."sebaik2 wanita adalah yang paling rendah maskahwinnya"aku masih ingat sewaktu pernikahan adik perempuanku dahulu..mas kahwinnya hanya sekitar RM 22.50 sahaja...Alhamdulillah adik bahagia hingga ke hari ini....aku tahu kadang dunia ni terlalu mengikut2 kata orang... lain...namun keputusan adalah terletak di tangan kita...fikirkan lah yang terbaik..
buat ina.....selagi abang panjang umur dan di kurniakan Allah kudrat abang akan cuba penuhi permintaan keluargamu....doakan abang berjaya...dalam sebuah perjuangan...andai abang gugur,maafkan abang seikhlas hatimu....ketahuilah Allah Maha Mengetahui....
No comments:
Post a Comment