Wednesday, April 21, 2010

(A)Majlis Perkahwinan...

.......Abang harapkan sebuah majlis perkahwinan yang berlandaskan syariat islam...pada hari bahagia itu anjuran islam menjadi perkara pokoknya...tiada unsur2 yang mendatangkan kemurkaan Allah swt...dewasa ini abg lihat begitu banyak majlis perkahwinan yang begitu tersasar daripada anjuran islam....impian abg,pada majlis bahagia tersebut cukuplah dengan suasana yang meriah dan sederhana,...tidak perlulah hendak membazir...Alangkah indahnya sebuah majlis perkahwinan yang padanya beralun irama nasyid yang memuji nama-nama Allah,puji-pujian buat Rasulullah....dan tidak lupa meraikan anak-anak yatim bersama2....betapa barakahnya majlis tersebut tatkala setiap insan yang hadir turut sama2x membaca doa buat pengantin:

بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير

Tuhan memberkati bagi anda dan memberkati kalian berdua dan menghimpun dalam kebaikan'


......namun pada hari ini,sukar abg melihat majlis perkahwinan seperti ini....apakah sukar untuk kita melakukanya...semuanya terpulang pada diri masing2x..

Wahai golongan pemuda sesiapa yang mempunyai kemampuan di kalangan kamu hendaklah ia berkahwin kerana ianya boleh menundukkan pandangan mata dan memelihara kemaluan. Sesiapa yang tidak mempunyai kemampuan hendaklah ia berpuasa kerana puasa memjadi pelindung kepadanya”.


[HR Al-Bukhari]



semoga apa yang abang harapkan ini akan jadi kenyataan....