Monday, December 24, 2012

SEKEJAP JE DAH NAK AKHIR TAHUN YA...

ASSALAMUALAIKUM… Alhamdulillah,segala pujian hanya layak buat Allah swt,tuhan sekalian alam,sedar tak sedar kita dah berada dipenghujung tahun 2012 ya kan?sekejap je rasa macam baru semalam je kita meraikan tahun baru 2012,dan ni pulak tak lama lagi akan masuk tahun 2013 dan kita akan selalu akan cakap macam tajuk abg kat atas tu kan?hehe…sepatutnya post ni abg postkan semalam pada tarikh 23.12.2012 tapi seperti tidak berkesempatan pula rasanya,maka dengan masa yang tidak seberapa ini,maka terasa ringan pula jemari seni ini untuk mencoretkan sesuatu tentang abang dan ina serta irfan,Alhamdulillah perjalanan kehidupan kami kini memasuki fasa yang cukup membahagiakan,walaupun tidaklah semewah berada di istana kayangan,ermm…macam pernah pergi jekan “istana kayangan” namun kami bersyukur diberikan Allah nikmat kebahagiaan ini. 13 disember tempohari irfan pun dah genap usianya 7 bulan,imam muda ni dah semakin membesar dan semakin bijak,seronok tengok perkembangannya depan mata,walaupun tugas seharian abg banyak dipejabat namun abg akan tetap cuba untuk meluangkan masa bermanja dengan irfan,Abg bertuah punyai isteri seperti ina,banyak yang telah dia korbankan buat abg dalam membina rumahtangga ini,tak terbalas rasanya untuk abg,untuk ina,abg sentiasa doakan yang terbaik buat dirimu,insyaAllah kita akan sentiasa berada didalam rahmat Allah swt.ina masak sedap tau,agaknya sebab tu berat abg dah makin meningkat…hehehe,gurau je… Abg dah semakin dewasa,kata orang semakin tua,tahun ni abg kan dah genap umur 30 tahun,welcome to club 30’s hehe…rasa macam tua la pulak selalu kalau tulis pape,boring ke,rasa macam best je tulis 20’an…tapi sekarang dah macam pelik pulak tulis usia 30…hehe,takpelah mungkin tu baru-baru je kot,nanti dah lama-lama ok kot…hahaha,
Oklah disempatan yang bersisa ni,abang ina dan irfan nak ucapkan selamat tahun 2013….update azam dan update iman tu yang penting…

No comments: